Monday, 13 August 2012

Kad Raya untuk Ani

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh….
Kepada Ani,
Hai Ani, awak apa khabar?Saya  harap awak sihat-sihat sahaja disamping keluarga tercinta. Saya sihat Alhamdulillah. Terima Kasih kad raya yang awak kirimkan hari itu. Kad raya besar dan ade bunyik2. Saya suke sangat. Saya janji akan gantung kad raya awak di ruang tamu rumah saya. Tapi saya tak boleh gantung sekarang sebab nnti adik saya main kad tu, bateri habis terus. Kenapa awak tak bagi bateri lebih?
Awak, saya mintak maaf sebab bagi kad raya murah sikit dari awak. Mak saya cakap tak payah bagi kad mahal2, buang duit aje. Harap awak suke kad ni. Walaupon taka de bunyik, tapi ade gambar kartun. Kalau awak nak bunyik, awak buat la bunyik sendiri, sebab tu saya tak bagi bateri. Lagipon kad ni senang awak nak gantung.
Tahun ni awak buat kuih raya berape jenis? Saya tolong mak saya buat 5 jenis kuih iaitu kuih almon landen, kuih tat, kuih semperit, dan lagi 2 jenis saya tak ingat sebab nama kuih tu dalam bahase inggerish. Awak kan tau saya tak pandai bahasa ingerish. Awak punya baju berapa pasang? Saya Cuma ada 4 pasang baju kurung iaitu baju kurung biasa ada 2, 1 lagi baju kebaya dan satu lagi baju kurung moden.Mak saya pon ada belikan saya seluar jin dan baju tishirt.
Tahun ni saya balik kampong di Muor. Awak jangan datang rumah saya hari raya ke 1, 2,3,4 dan 5 sebab saya balik kampong. Kalau awak nak datang, datang la hari raya ke 6 samapi ke 30. Tapi mak saya pesan, kalau nak datang tel dulu sebab mak saya kerja. Jangan datang petang2 org balik kerja penat.
Ok la, kad ni dh tak muat dah…lagipon dh petang, saya nak kene pos kad ni nanti tak sempat. Esok kita jumpa dekat sekolah tau.
p/s: Awak, esok bwk bekal tau, saya nak sikit tapi jangan bgtau mak saya tau.
Bye..bye…
Yang Ikhlas,
Nina Bt Abu

2 comments:

Tengku Laurel Adamila said...

haha. lucu ler.follow me back okeyy ;)

minami-san said...

Oke. harap-harap ini bukan kisah benar (kejadian bawa bekal itew yeh) Neway kim. mmg betul pon. kita zaman kecik2 dulu pon cenggini. beriya tulis panjang2. tanya kuih raye. tanya baju raya kaler apa. tanya berapa pasang. tanya balik mana. Hahaha.. saya rindu berumur kanak2.




 

Copyright 2012 © Design and Edited By KawaiiDyshaStudio