Wednesday, 8 August 2012

Karangan Tajuk: Hari Pertama Sekolah

Ahad                                                                                 1 Januari 1984
Karangan Tajuk: Hari Pertama Sekolah
Nama saya Nina binti Abu.  Umur saya 7 tahun. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Skudai Johor Bahru. Saya belajar di kelas 1 Mawar.Cikgu saya bernama Cikgu Hasnah binti (maaf saya lupa).
Pagi itu cikgu bertanya tentang permainan kegemaran kami. Seorang demi seorang menjawab. Ani bte Bazli Shah Husin menjawab dia suka main masak-masak, dan cikgu kata nanti dah besar mesti awak jadi tukang masak. Kalimuthu A/L Mariappan  juga yang cakap dia suka main doctor dan pesakit, lalu cikgu membuat kesimpulan disitu bahawa dah besar nanti Kalimuthu A/L Mariapan akan menjadi Doktor. Ketua kelas saya Farid Kamarul Hisham Ali bin Ngah mengatakan dia suka main tembak-tembak, dan cikgu terus menjawab dah besar nanti mesti awak jadi tentera.  Ramai lagi yang menjawab tapi saya tak ingat sebab saya kecik lagi ingatan saya tak kuat sebab saya tak suka makan sayur dan kismis. Tiba giliran saya, saya menjawab, saya suka main kahwin-kahwin dan suka main teng –teng. Tapi saya pelik cikgu tak menjawab soalan saya dan terus bertanya kepada kawan saya yang lain. Saya menjadi sedih sebab cikgu tak nak layan saya. Mungkin cikgu dah tak nak kawan dengan saya, atau mungkin cikgu tak kenal saya sebab itu hari pertama saya bersekolah.
Pada waktu tengahari, loceng berbunyi kring, menandakan waktu rehat. Dia bunyi kring sekali sahaja sebab kalau bunyi kring kring kring tu bunyi telefon. Kalau bunyi telefon kami satu kelas belom boleh keluar rehat. Saya rehat dengan kawan saya Lim Ah Lien, dia anak tokey balak. Dia kaya, sebab tu saya suka kawan dengan dia. Saya bawak duit belanja sesikit 70sen sahaja. Tapi Lim Ah Lien bawak duit belanja sebanyak 95 sen. Saya beli nasi lemak sepiring bersama smbal dan kacang 4 biji. Tapi Lim Ah Lien beli yang mahal punya, nasi lemak sambal ade kacang 6 biji dengan timun sepotong dengan telur sebelah. Saya jeles tengok nasik lemak Lim Ah Lien, dan saya asyik pandang nasik lemak Lim Ah Lien sampai saya terlanggar seorang pakcik. Habis semua nasi lemak itu tumpah dan kene baju sekolah saya. Pak cik itu buat muka selambe dek je. Saya Sedih sebab duit belanja saya tinggal 20sen. Akhirnya Lim Ah Lien memberikan separuh nasi lemak dia dengan 3 biji kacang dan timun dia gigit sikit dan sambal secubit. Saya rasa gembira. Lim Ah Lien juga rasa gembira….kot.
Sampai waktu balik bunyi kring sekali lagi. Kami pon balik sekolah. Saya balik naik bas Pak Cik Adam. Bas sekolah kuning yang pendek macam geng bas sekolah tu. Saya, Ani Bte Bazli Shah Husin dan Lim Ah Lien menaiki bas yang sama. Dalam bas, saya nampak Kalimuthu A/L Mariappan sedang melambai kearah kami. Tapi sebenarnya, dia melambai ke arah Ani Bte Bazli Shah Husin. Kalimuthu love Ani ade anak panah tembus dekat love tu. Saya buat tak tau saja sebab saya tak suka love love masa sekolah. Saya nak tunggu sekolah menengah baru nak love love.
Lepas itu Kalimuthu nak pakai hamlet. Dia letak buku teks yang tadi baru dapat yang diikat dekat tali yang orang cakap book band atas motor dan pakai hemlet. Tiba-tiba bapa kalimuthu iaitu A/L Mariappan terus je bawak motor. Kalimuthu agak terpinga-pinga, sebab dia belum naik motor lagi.  Sampai dekat lampu isyarat, masa tu lampu tu tengah warna oren, bapa Kalimuthu pusing balik sambil tesenyum dan membebel cakap tamil. Kami semua tergelak-gelak tengok Kalimuthu dan bapanya A/L Mariappan. Tapi Ani bte BAzli Shah Hussin hanya tersenyum sipul.
Lepas itu bas pon jalan.Itulah kisah hari pertama persekolahan saya.
Karangan ini adalah untuk Contest anjuran  Abang Ensem dan Zarul Umrella dan disponsor oleh Azri.my "

 

4 comments:

LydSunshine said...

Hahha.. sian nasik lemak tumpah. Nasib baik dpt gnti nasik lemak separuh dgn kacang 3 ulas. Good Luck ye.

abang ensem said...

Hahaha... nice one babe

kikin said...

hehehe..tq...:)

minami-san said...

Nama kawan2 sekolah awak panjang-panjang semuanya.




 

Copyright 2012 © Design and Edited By KawaiiDyshaStudio